Faktor-faktor yang Mempengaruhi Permintaan

November 15, 2009 at 1:02 PM (Permintaan)

Harga Barang itu Sendiri
Kenaikan harga barang X menyebabkan kuantiti yang diminta ke atas barang X berkurang. Sebaliknya kejatuhan harga barang X akan menyebabkan kuantiti diminta ke atas barang X meningkat.

Harga Barang Lain
Perubahan Harga Barang Pengganti
Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh: getah asli dan getah tiruan, kopi dan teh. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah positif.

Perubahan Harga Barang Penggenap
Barang yang digunakan secara bersama dengan barang lain. Contoh: gula dan kopi. Apabila harga gula naik, kuantiti kopi yang diminta berkurang. Kejatuhan harga gula menyebabkan kuantiti ke atas kopi meningkat. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah negatif.

Citarasa
Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akan beralih ke kiri jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

Pendapatan
Barang Normal@Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal menurun.
Contoh barang normal ialah pakaian, buku, beg dll.
Hubungan pendapatan dengan barang normal adalah positif.

Barang Bawahan@Barang Giffen
Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang bawahan akan menurun kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau berkualiti.
Contoh barang bawahan ialah beras hancur.
Hubungan pendapatan dengan barang bawahan ialah negatif.

Barang Mesti
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan barang mesti. Misalnya, garam. Kenaikan dalam pendapatan pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam.
Hubungan pendapatan ke atas barang mesti adalah sifar.

Jumlah Penduduk
Semakin ramai penduduk, semakin meningkat permintaan ke atas barang terutamanya kemudahan awam dan infrastruktur. Manakala struktur penduduk akan mencorakkan permintaan sesebuah Negara. Contoh, jika penduduk ramai dalam kalangan remaja, maka permintaan kepada keperluan remaja adalah tinggi.

Jangkaan Masa Depan
Apabila pengguna meramalkan harga barang akan naik pada masa hadapan, maka permintaan ke atas barang akan naik masa kini dan sebaliknya (spekulasi).

Kemudahan Kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari bank-bank maka permintaan barang di pasaran akan meningkat. Contohnya, pembelian barang tahan lama seperti rumah dan kereta.

Dasar Kerajaan
Dasar pencukaian akan menurunkan permintaan ke atas barang kerana kuasa beli pengguna jatuh. Pemberian subsidi akan meningkatkan permintaan kerana harga barang akan turun.

Musim
Permintaan bagi sesetengah barang seperti pakaian, makanan dan pengangkutan meningkat mengikut musim. Contohnya, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap perkhidmatan kapal terbang bertambah kerana ramai orang ingin pulang ke kampung.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: