Poster 2 – ICT4Me

November 16, 2009 at 12:34 AM (Poster-Demand & Supply)

poster

Permalink Leave a Comment

Poster 1 – ICT4Me

November 16, 2009 at 12:31 AM (Poster-Demand & Supply)

Poster 1

Permalink Leave a Comment

Harga Gula Kasar dan Gula Halus

November 15, 2009 at 1:40 PM (Uncategorized)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Kerajaan memutuskan harga gula dikekalkan pada RM1.45 sekilogram bagi gula kasar dan RM1.55 sekilogram bagi gula halus walaupun negara dilaporkan mengalami masalah bekalan gula.

Bagi mengatasi masalah gula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil beberapa langkah dan tindakan termasuk menawarkan ganjaran tidak melebihi RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan penyelewengan gula.

Menurut kenyataan KPDNKK yang dikeluarkan isnin, kerajaan juga telah mengarahkan kilang-kilang pengeluar gula supaya tidak menjual gula kepada industri yang mengeksport produk itu untuk pasaran luar negara.

Aktiviti penguatkuasaan dan kawalan di sempadan negara juga diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar dari Malaysia melalui jalan darat, menurut kenyataan itu lagi.

Selain daripada itu, pemborong gula yang didapati menyelewengkan bekalan gula sehingga menimbulkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran pula bakal berhadapan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan.

“Langkah yang lain adalah melakukan pembekuan pengeluaran lesen borong gula dan pembekuan penambahan kuantiti simpanan gula kepada syarikat-syarikat pemborong berkuatkuasa serta merta,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan KPDNKK itu menyebut peruncit (hipermarket dan supermarket) dibenarkan mengenakan had pembelian di mana beberapa pegawai penguatkuasa akan ditempatkan di tempat pembayaran untuk menyekat pembelian berlebihan.

“Penjualan gula dalam bentuk ‘loose’ juga dilakukan di mana pengguna akan menceduk sendiri gula yang ingin dibeli, ini akan melambatkan proses pembelian kerana gula dalam bentuk pek tersedia bungkus terlalu mudah untuk dibawa keluar,” menurut kenyataan itu lagi.

Semua pejabat KPDNKK negeri juga telah diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan harian ke atas semua pemborong dan peruncit untuk mengesan pengedaran gula di negeri masing-masing, katanya.

“Dengan adanya langkah-langkah yang dilaksanakan KPDNKK itu, diharapkan bekalan gula akan mencukupi di pasaran. Apa yang penting adalah kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan KPDNKK itu, terdapat beberapa masalah kekurangan bekalan gula antaranya disebabkan peningkatan permintaan berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaan menghadapi musim perayaan.

Selain itu, terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan akibat spekulasi kenaikan harga gula.

Di samping itu, masalah kekuarangan gula berlaku disebabkan industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala dan berlakunya kegiatan penyeludupan gula bersubsidi Malaysia yang jauh lebih murah berbanding harga gula di negara-negara jiran.

– BERNAMA

Permalink Leave a Comment

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penawaran

November 15, 2009 at 1:08 PM (Penawaran)

Perubahan harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kuranglah kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu ditawarkan mempunyai hubungan positif.

Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan
Barang bersaing/bertanding
Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses pengeluaran. Jika pengeluaran sesuatu barang bertambah, maka pengeluaran barang lain akan berkurang. Hal ini kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk meningkatkan keluaran yang lain.

Barang bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika pengeluarannya bertambah maka pengeluaran suatu barang lain juga akan bertambah.

Harga faktor-faktor pengeluaran
Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang. Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan menghentikan pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan dikurangkan.

Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan penambahan keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran.

Matlamat Pengeluar
Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah firma yang dimiliki oleh kerajaan.

Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.

Dasar Kerajaan
Mengenakan cukai
Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma. Peningkatan kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk penawaran berpindah ke kiri.

Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma. Hal ini akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang tersebut akan meningkat.

Menaikkan tarif
Peningkatan tariff ke atas barang import akan menaikkan harga barang itu. Orang ramai akan membeli kurang barang import dan meminta lebih banyak barang pengganti tempatan. Penawaran barang pengganti tempatan akan naik.

Daya Pengeluaran Buruh
Buruh yang cekap mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. Mereka dapat menghasilkan lebih banyak kuantiti sesuatu barang. Kenaikan daya pengeluaran buruh secara keseluruhan dapat menaikkan penawaran pasaran.

Bilangan Pengeluar
Penawaran pasaran ditentukan oleh bilangan pengeluaran dalam pasaran. Semakin ramai pengeluar, semakin banyak penawaran sesuatu barang di pasaran.

Permalink Leave a Comment

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Permintaan

November 15, 2009 at 1:02 PM (Permintaan)

Harga Barang itu Sendiri
Kenaikan harga barang X menyebabkan kuantiti yang diminta ke atas barang X berkurang. Sebaliknya kejatuhan harga barang X akan menyebabkan kuantiti diminta ke atas barang X meningkat.

Harga Barang Lain
Perubahan Harga Barang Pengganti
Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh: getah asli dan getah tiruan, kopi dan teh. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah positif.

Perubahan Harga Barang Penggenap
Barang yang digunakan secara bersama dengan barang lain. Contoh: gula dan kopi. Apabila harga gula naik, kuantiti kopi yang diminta berkurang. Kejatuhan harga gula menyebabkan kuantiti ke atas kopi meningkat. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah negatif.

Citarasa
Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akan beralih ke kiri jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

Pendapatan
Barang Normal@Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal menurun.
Contoh barang normal ialah pakaian, buku, beg dll.
Hubungan pendapatan dengan barang normal adalah positif.

Barang Bawahan@Barang Giffen
Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang bawahan akan menurun kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau berkualiti.
Contoh barang bawahan ialah beras hancur.
Hubungan pendapatan dengan barang bawahan ialah negatif.

Barang Mesti
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan barang mesti. Misalnya, garam. Kenaikan dalam pendapatan pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam.
Hubungan pendapatan ke atas barang mesti adalah sifar.

Jumlah Penduduk
Semakin ramai penduduk, semakin meningkat permintaan ke atas barang terutamanya kemudahan awam dan infrastruktur. Manakala struktur penduduk akan mencorakkan permintaan sesebuah Negara. Contoh, jika penduduk ramai dalam kalangan remaja, maka permintaan kepada keperluan remaja adalah tinggi.

Jangkaan Masa Depan
Apabila pengguna meramalkan harga barang akan naik pada masa hadapan, maka permintaan ke atas barang akan naik masa kini dan sebaliknya (spekulasi).

Kemudahan Kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari bank-bank maka permintaan barang di pasaran akan meningkat. Contohnya, pembelian barang tahan lama seperti rumah dan kereta.

Dasar Kerajaan
Dasar pencukaian akan menurunkan permintaan ke atas barang kerana kuasa beli pengguna jatuh. Pemberian subsidi akan meningkatkan permintaan kerana harga barang akan turun.

Musim
Permintaan bagi sesetengah barang seperti pakaian, makanan dan pengangkutan meningkat mengikut musim. Contohnya, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap perkhidmatan kapal terbang bertambah kerana ramai orang ingin pulang ke kampung.

Permalink Leave a Comment

Penawaran (Supply)

November 15, 2009 at 12:33 PM (Penawaran)

Takrifan
Jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar atau firma pada pelbagai tingkat harga dan satu jangka masa tertentu dengan andaian ceteris paribus.

Hukum Penawaran
Apabila harga sesuatu barang itu naik, kuantiti barang yang ditawarkan akan meningkat dan sebaliknya. Hubungan positif di antara harga dan kuantiti ditawarkan.

Wujudnya hubungan positif antara tingkat harga dan kuantiti ditawarkan adalah disebabkan oleh:
(i)Harga yang tinggi member keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.
(ii) Harga yang tinggi menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
(iii)Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.

Permalink Leave a Comment

Permintaan (Demand)

November 15, 2009 at 2:25 AM (Uncategorized)

Takrifan
Kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli oleh individu pada pelbagai tingkat harga dan tempoh masa tertentu dengan andaian ceteris paribus.
[Ceteris Paribus: Faktor-faktor lain adalah tetap ]

Permintaan yang disokong oleh kuasa beli dipanggil permintaan berkesan.

Hukum Permintaan
Apabila harga sesuatu barang turun, kuantiti yang diminta akan bertambah. Sebaliknya apabila harga barang itu meningkat, kuantiti yang diminta akan berkurang. Andaian ceteris paribus.

Permalink Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.