Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penawaran

November 15, 2009 at 1:08 PM (Penawaran)

Perubahan harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kuranglah kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu ditawarkan mempunyai hubungan positif.

Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan
Barang bersaing/bertanding
Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses pengeluaran. Jika pengeluaran sesuatu barang bertambah, maka pengeluaran barang lain akan berkurang. Hal ini kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk meningkatkan keluaran yang lain.

Barang bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika pengeluarannya bertambah maka pengeluaran suatu barang lain juga akan bertambah.

Harga faktor-faktor pengeluaran
Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang. Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan menghentikan pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan dikurangkan.

Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan penambahan keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran.

Matlamat Pengeluar
Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah firma yang dimiliki oleh kerajaan.

Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.

Dasar Kerajaan
Mengenakan cukai
Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma. Peningkatan kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk penawaran berpindah ke kiri.

Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma. Hal ini akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang tersebut akan meningkat.

Menaikkan tarif
Peningkatan tariff ke atas barang import akan menaikkan harga barang itu. Orang ramai akan membeli kurang barang import dan meminta lebih banyak barang pengganti tempatan. Penawaran barang pengganti tempatan akan naik.

Daya Pengeluaran Buruh
Buruh yang cekap mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. Mereka dapat menghasilkan lebih banyak kuantiti sesuatu barang. Kenaikan daya pengeluaran buruh secara keseluruhan dapat menaikkan penawaran pasaran.

Bilangan Pengeluar
Penawaran pasaran ditentukan oleh bilangan pengeluaran dalam pasaran. Semakin ramai pengeluar, semakin banyak penawaran sesuatu barang di pasaran.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: